Saturday, July 30, 2011

Fiesta Ibadah

 Pejam, celik, pejam, celik, dah masuk bulan Ramadhan dah rupanya! Ya, Ramadhan! Bulan yang dikurniakan Allah istimewa buat umat Nabi Muhammad S.A.W iaitu kita!! But are we really are?
Why I ask? Because............... I don't know the answer! (and I care!)

Bila cakap pasal Ramadhan ni, perkara pertama yang biasanya terlintas di dalam fikiran setiap orang ialah PUASA.
Ada yang mengeluh: Alaaa......~  Takdelah roti canai selama sebulan!
Ada yang tersengih-sengih : Nanti buka makan ayam percik dengan sate plus cendol, esoknya pulak kat hotel
Ada yang nak 'berubah': Kalau aku puasa, bolehlah turun 30 kg..
Ada yang ....blur?

Ada yang betul-betul ingin menghayatinya. Hayatilah! Kerana ibadah ini wajib kita tunaikan untuk Allah.


Ramadhan bukan sekadar tentang puasa, ia adalah pesta ibadah untuk kita, umat Islam! Kita boleh mendapat pahala BERATUS-RATUS GANDA daripada bulan yang lain dengan beribadah dan bersedekah semata-mata!!

Senang cerita bulan Ramadhan ni boleh dipanggil sebagai bulan SALE-lah! Baca Qur'an sikit dah dapat ganjaran berganda! FUYYOOO!! Lepas tu ada yang 'limited edition' punya iaitu Solat Tarawih. Waktu bulan-bulan lain mana ada! Waktu Sale Ramadhan je ada!

Dan.....waktu, macam ni lah OUR NO.1 MOST HATED ENEMY dibelenggu! Syaitan, iblis tak dapat kacau kita for 30 DAYS!! Aman!! 
Malangnya nafsu masih mampu mengganggu kita.

Apa-apa pun, ayuhlah kita sama-sama bersungguh-sungguh dalam beribadah dan juga bertaubat kerana pintu syurga terbuka luas buat kita semua~ dan ganjaran pahalanya  BERATUS-RATUS GANDA!



AMARAN! Tawaran ini akan luput selepas 30 hari sahaja!
 ^.^

SELAMAT BERPUASA !t

No comments:

snow


follow