Sunday, May 3, 2015

Tenang

Serabut. Satu persatu mesej di dalam grup Whatsapp yang berjela itu ku baca.

Makin serabut.

Aku cuba memecahkan suasana yang genting itu dengan memberi pandangan dan pendapatku. Tiba-tiba, satu mesej private masuk.

Aku membuka dan membacanya berulang kali lalu terdiam. Aku memang sedang berdiam, mulutku tidak mengeluar bicara apapun dari tadi tetapi apa yang dimaksudkan ialah mindaku, yang sedang serabut dan rancak mencari solusi itu secara drastik bertukar kaku dan berdiam diri.

Aku membalas maaf dan maaf. Tapi dibalas pula dengan teguran yang sememangnya merobek emosi.

Kini, emosi pula yang serabut. Memang sepatutnya aku tidak masuk campur kerana aku tidak merasakan apa yang mereka rasakan. Kerana aku tidak faham.

Kerana aku tidak menjadi saksi.

Kerana aku tiada di situ.Tika sepatutnya aku ada.

Bukan kerana aku tidak mahu. Bukan kerana aku lari malah aku berkobar-kobar untuk bersama kalian.

Tapi Allah lebih tahu. Bukan rezeki aku. Abahku sayang untuk melepaskan sejauh itu. Tak, aku tak mengatakan bahawa abah-abahmu tidak menyayangi kalian. Malah, mungkin mereka percaya akan kalian untuk menjaga diri, bergerak sejauh itu demi sahabat yang baru kenalnya sebulan.

Aku renung kembali mesej itu. Air mataku tiba-tiba mengalir. Tanpa henti. Sudah lama ku tidak merasa begini.

Tak. Sahabat yang menegur itu tidak salah. Sememangnya aku yang bersalah untuk masuk campur tanpa aku ketahui apa sebenarnya yang terjadi.

Aku terus berdiam diri sejak itu.

Pelbagai grup Whatsapp telah aku left. Bukan merajuk tapi ingin menenangkan diri dari rasa cemburu dan imarah.

Ah mana tak cemburu melihat gambar kalian bergembira bersama berukhuwwah. Aku akui, cemburu itu membuak-buak membinasa diri.

Imarah itu pastinya ada terhadap individu tertentu tapi, kerana itu aku 'lari'. Kerana itu aku left. Kerana itu aku tiak berkata sepatah pun selepas itu. Takut api imarah itu membakar diri dan orang lain, memusnahkan hati-hati sahabat yang tidak bersalah.

Aku juga takut. Kerana aku takut sekali kalian benci pada aku terutama sekali engkau. Kerana apa? Kerana aku seperti mencampakkan tanggungjawabku ke tepi. Kepada engkau.

Kerana itu aku berdiam diri seketika. I was trying to make sense of everything.

Aku memohon maaf. Aku meminta maaf kalian. Walaupun sudah berlalu tapi aku takut masih ada dendam kesumat yang tersimpan terhadapku. Bukan hanya kerana kejadian itu, tapi juga untuk setiap saat antara kita.

Si engkau pun tiada dendam padaku walaupun selama ini aku hampir mengalami depresi kerana memikirkan salahku pada engkau. Bilaku memberanikan diri untuk akhirnya bertanya apakah engkau marah, kau menafikannya malah tergelak tawa saat kita bertemu pertama kali semenjak itu.

Aku menarik nafas tenang.



Kerana kemaafan engkau dan rahmatNya, aku kini tenang.

Dan sebenarnya, aku berharap sekali, tiada antara kalian terutama sekali engkau membaca luahan ku ini, kerana apa yang terjadi sudah pun terjadi dan aku malu.

Aku malu sekali.


Tapi, ku luahkan jua kerana sudah begitu lama ia terbuku antara aku dan Tuhan.

snow


follow