Saturday, November 20, 2010

Fenomena Maher Zain




Dalam kepanasan tengahari, aku bersembang dengan teman-temanku sambil didinginkan dengan kipas yang berhabuk. Tiba-tiba, irama daripada radio (asrama punyer) memecah sunyi kawasan asramaku ini. Namun, aku hanya khusyuk dan setia mendengar cerita temanku itu
(
apa kaitan semua ni dengan Maher Zain?). Tiba-tiba, lagu Maher Zain, For the Rest of My Life pula dimainkan daripada radio tadi. Itulah lagu Maher Zain pertama yang aku dengari. Namun, aku hanya buat selamba (bak kata CoachRidz) kerana aku memang tidak tahu apa-apa pun pasal lagu tu. Tak pernah dengar, tak tahu siapa yang nyanyi, tak tahu tajuknya.

Aku meminta temanku meneruskan ceritanya, namun dia khusyuk menyanyi lagu tersebut. Lalu, dia menceritakan tentang penyanyi lagu tersebut, Maher Zain. Di situlah aku mula-mula mengenali beliau.

Sekarang, hampir satu Malaysia mengenali beliau. Radio IKIM hari-hari mainkan lagu Maher Zain. Kedai-kedai CD dekat PKNS mainkan lagu Maher Zain. Pergi kenduri mainkan lagu Barakallah. Dekat TV ada muka dia je, nasib baik dekat TV9 je. Budak kecik pun hafal lagu dia sepertimana dalam satu video yang pernah saya tonton. Dan pernah suatu hari, kakakku pergi ke rumah ibu saudaraku. Rumah ibu saudaraku itu bersebelahan dengan sebuah tadika. Lalu, kakakku terdengar kanak-kanak dari tadika itu menyanyi lagu InshaAllah bersama-sama.
Inilah fenomena Maher Zain.

Tapi, ini tak bermakna aku menyampah dengan semua ni, I'm his fan too but not so much! Cuma, tertanya-tanya, akan adakah penyanyi nasyid Malaysia yang mampu menandingi kemerduan dan kehebatan Maher Zain? Just wait and see....


No comments:

snow


follow