Monday, September 13, 2010

Syawalku



Raya kali ni agak sedikit pudar dari tahun lepas. Tak tahulah kenapa. Mungkin kerana tidak ramai saudara yang datang beraya dekat Kampung Baru pada raya pertama.
Raya pertamaku disambut di Kg. Baru. Raya kedua pulak dekat Kuala Linggi,Melaka. Raya dekat situ pun agak pudar dan tidak berapa meriah berbanding tahun lepas. Mungkin kerana nenek sudah tiada. Mungkin juga kerana semua sibuk dengan komputer yang agak baru dipasang di kampung. "Itulah keburukan teknologi", kata aku kepada adikku yang juga mengatakan raya tahun ni pudar kerana kedatangan teknologi tersebut di rumah kampungku.

Raya kali ini mungkin juga pudar kerana ketiadaan kedua-dua kakakku di samping kami sekeluarga." Tak apa, tahun depan dapat beraya dengan Kak Iman dengan Kak Izzah.Tahun depan, diorang dah balik". Kata-kata yang terdetik di hati setiap kali mengenangkan mereka. "Lagipun, Kak Iman nak dah balik dah". Kata-kata yang selalu juga terdetik.

Tetapi, ajal maut di tangan Tuhan. Kita merancang, Allah menentukan...
(tapi tak sabar nak tunggu Kak Iman dengan Kak Izzah balik)







No comments:

snow


follow