Saturday, September 18, 2010

Kita Ibarat Pinggan


Andaikan tiga orang yang berlainan meminjam (setiap seorang) satu pinggan daripada kita. Mereka bernama Abu, Ali, dan Adi. Beberapa hari kemudian, Abu memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan. Kita pun terus menyimpannya dalam rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya.

Ali pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaannya yang masih kotor, tidak dicuci. Pinggan tersebut terpaksa kita basuh sehingga bersih sebelum menyimpannya.

Si Adi pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah. Apabila pinggan itu sudah pecah, kita tidak boleh membezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca. Maknanya sudah tiada nilainya lagi. Jadi, kita sudah tiada pilihan lain selain membuangnya ke dalam tong sampah.

Begitulah juga halnya dengan Allah Taala. Jika kita kembali kepada-Nya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yang selayaknya bagi kita iaitu syurga.

Namun, jika kita kembali ke hadrat-Nya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan 'basuh' kita dengan sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan kita ke dalam syurga. Tetapi, jika kita kembali kepada-Nya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak-agakuntuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yang pecah yang tidak bernilai lagi...

Oleh itu, jadilah 'pinggan' yang bersih agar kita diletakkan di tempat yang baik, iaitu syurga.

No comments:

snow


follow