Friday, September 16, 2011

Ganbatte, Akhi!

"Seorang hamba Allah
Mengembara ke suatu tempat yang agak jauh,
Kembaranya bukan hanya sekadar kembara,
Pengembaraanya itu suatu pengorbanan yang berharga,
Pengembaraannya demi mencari ilmu,
Untuk diisi ke dalam dirinya yang dahaga,
Dan dijadikan bekalan,
Untuk mengharungi liku-liku perjalanan yang akan datang 
Sebagai khalifahNya~"

This sajak is specially written by me for you, Abg Adib~! Nak buat panjang lagi but....I'm not a 'sastera' kind of girl. So.....I hope you will accept this humble poem. ^.^ Ganbatte kudasai, Onii-chan! Do the 'best bro'!
MAN JADDA WA JADDA!

Sunday, August 28, 2011

Selamat Tinggal, Ramadhan~

 Assalamualaikum semua! Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya (WAAHHH!! Cepatnya masa berlalu~). Atau mungkin Ramadhan sudah pun berakhir ketika anda menghadap pos ini. Oleh itu, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN!



Saya juga ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki and ada tersalah laku kepada anda semua semua ini. Sesungguhnya sikap memaafkan itu sgtlah mulia.

Yang balik kampung, hati-hatilah drive. Kalau anda bukan drivernya, nasihatilah ayah anda, kalau perlu. Bukan ayah yang bawa juga? Abang anda? Siapa? Ibu anda? Hubby anda? Siapa-siapa jelah yang menjadi driver, berhati-hatilah sehingga sampai ke destinasi yang dituju IAITU kampung anda. ( Apa benda yg aku merepek ni)

Last but not least and highly-super duper important!!


Ya!! JANGAN MAIN MERCUN!! Kalau tak nanti.....(ada gambar tentang akibat anda bermain mercun, beranikah anda melihatnya)
























  .........HAA!! Tengok tu kan dah kena ikat dengan ayah sebab main mercun, tak boleh nak duduk diam! (maafkan saya kalau membuat anda terasa saspens)Main bunga api boleh....kot... Entahlah, boleh rasanya sebab saya ada bunga api, hehe~

Kenapa saya menasihatkan anda? Kerana...


  Kecuali bagi lelaki yang bukan mahram. Dan kerana saya sayang andalah, saya tak menunjukkan jari putus ke, tangan putus tadi...DAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN!!

 Semoga Aidilfitri anda pada tahun ini lebih meriah dan bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya~

Saturday, August 20, 2011

Jadilah Orang yang Asing

 Salam Ramadhan, hari ni nak beri tazkirah sikit. Tau, bosan tapi apa salahnya kan kalau kita timba sedikit ilmu. Nanti bolehlah tolong sebar-sebarkan buat saudara Islam yang lain. Kalau cerita pasal kehidupan kita ni je, hidup kita sementara je. Kadang-kadang tu kena ingat juga pada akhirat tu.

 Sebenarnya, berdasarkan tajuk entri di atas, jadi orang asing tu bukanlah bermakna menjadi seekor makhluk asing ataupun pelancong asing dan bukan juga pendatang asing tanpa izin. Maksudnya akan saya huraikan berpandukan hadis di bawah.

Islam bermula sebagai (sesuatu yang) asing dan akan kembali menjadi (sesuatu yang) asing seperti awalnya. Maka berbahagialah orang-orang yang asing itu.

Dan siapakah yang yang dimaksudkan dengan orang yang asing itu? Orang asing yang dimaksudkan itu ialah orang yang sentiasa berpegang kepada Al-Quran dan As-sunnah. Dan biasanya orang sebegini selalu diejek dan disisih, lagi-lagi pada zaman ini. BETUL TAK? Cubalah kita tengok zaman sekarang ni.Kalau orang buat baik kita cakap dia ni 'buang tebiat'. Nampak orang pakai tudung labuh dekat luar pun dianggap aneh. Kenapa? Kerana Islam sudah pun menjadi asing~

'Jadilah engkau di dunia laksana orang asing atau pengembara (yang sedang dalam perjalanan) ' - Bukhari. 

Saturday, August 6, 2011

A Wedding.....For Two: Kak Izzah's Nikah

 This time it's about my second sister! I know it have been quite long since my first sister. I've been kinda busy. Busy? Not really. I'm kinda lazy right now, but, I'm trying to force myself to write this post. And I did it!

This is Kak Izzah. Pretty~

The scenery from upstairs

And she nervously waiting....

It's time!

And there's her prince~

And that's me! In the blue outfit with glasses! Holding the basket.

Hmm, what to say?

She's way too nervous...

Giving out the ring~

Kawaii~

Whoa! Now she's way too excited~

Married, but she just couldn't hide her childishness though~ that's really her!

Congrats, Kak Izzah and her hubby, Abg Imran. Barakalllah! Although it have almost a month ago. May you live happily ever after!





Saturday, July 30, 2011

Fiesta Ibadah

 Pejam, celik, pejam, celik, dah masuk bulan Ramadhan dah rupanya! Ya, Ramadhan! Bulan yang dikurniakan Allah istimewa buat umat Nabi Muhammad S.A.W iaitu kita!! But are we really are?
Why I ask? Because............... I don't know the answer! (and I care!)

Bila cakap pasal Ramadhan ni, perkara pertama yang biasanya terlintas di dalam fikiran setiap orang ialah PUASA.
Ada yang mengeluh: Alaaa......~  Takdelah roti canai selama sebulan!
Ada yang tersengih-sengih : Nanti buka makan ayam percik dengan sate plus cendol, esoknya pulak kat hotel
Ada yang nak 'berubah': Kalau aku puasa, bolehlah turun 30 kg..
Ada yang ....blur?

Ada yang betul-betul ingin menghayatinya. Hayatilah! Kerana ibadah ini wajib kita tunaikan untuk Allah.


Ramadhan bukan sekadar tentang puasa, ia adalah pesta ibadah untuk kita, umat Islam! Kita boleh mendapat pahala BERATUS-RATUS GANDA daripada bulan yang lain dengan beribadah dan bersedekah semata-mata!!

Senang cerita bulan Ramadhan ni boleh dipanggil sebagai bulan SALE-lah! Baca Qur'an sikit dah dapat ganjaran berganda! FUYYOOO!! Lepas tu ada yang 'limited edition' punya iaitu Solat Tarawih. Waktu bulan-bulan lain mana ada! Waktu Sale Ramadhan je ada!

Dan.....waktu, macam ni lah OUR NO.1 MOST HATED ENEMY dibelenggu! Syaitan, iblis tak dapat kacau kita for 30 DAYS!! Aman!! 
Malangnya nafsu masih mampu mengganggu kita.

Apa-apa pun, ayuhlah kita sama-sama bersungguh-sungguh dalam beribadah dan juga bertaubat kerana pintu syurga terbuka luas buat kita semua~ dan ganjaran pahalanya  BERATUS-RATUS GANDA!



AMARAN! Tawaran ini akan luput selepas 30 hari sahaja!
 ^.^

SELAMAT BERPUASA !t

snow


follow