Korang pernah tak terfikir macam ni?
"Aku rasa bahagia betul keluarga aku ni. Macam sempurna je. Macam ada yang tak kena. Takkan ada sesuatu akan terjadikan? Jatuh miskin ke, orang yang aku sayang tinggalkan aku untuk selamanya ke...
Aku memang tak nak semua tu. Tapi, aku tengok kawan aku kena dugaan macam-macam. Aku tak kena ke?"
Astaghfirullahal'azim...pernah tak terfikir macam tu? Aku pernah terfikir macam tu. Dah lama dah aku terfikir macam tu. Tapi, teringat semula sebab baru-baru ni ibu kawan aku masuk hospital sebab sakit, dan saudaraku ada something wrong sehingga aku terfikir semula.
Mungkin Allah sayang kat aku kot, sebab tu aku tak kena, tapi, bila difikirkan semulakan...orang yang ditimpa ujian tu lah yang sebenarnya Allah lagi sayang. Habis, Allah tak sayang akulah?
Mungkin, sebab aku bukannya baik sangat. Tak jugakkan sebab...sebenarnya, ujian yang Allah timpakan kat kita tak semestinya kesusahan. Sebenarnya, ada ujian yang Allah timpakan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W, iaitu kita dengan harta kekayaan. Menurut hadis di bawah:
“Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “
So, bila aku fikirkan semula, mungkin sebenarnya aku sedang diuji dengan harta dan teknologi yang berlambak di sekeliling aku. TV, iPad, facebook dan macam-macam kesenangan lagilah.
Mungkin anda pun sama.
Disebabkan semua teknologi ni, kita lalai dan terlupa Allah, kan?
Setiap manusia akan diuji dengan ujian Allah.Itu pasti.
Dan setiap manusia kat atas muka bumi ni pasti akan menghadapi musibah! Tak kisahlah siapa pun. Bersedialah untuk menghadapinya! Mungkin aku dan anda masih remaja. Dah besar nanti, macam-macam.
Lagipun, tujuan Allah menguji kita adalah untuk menguji ketabahan dan kekuatan iman kita. Seperti yang difirmankan oleh Allah:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)
Macam kat sekolah la...cikgu kasi exam sebab nak tahu kita berusaha tak, belajar tak? Kalau tak ada exam, mesti kita tak ingat apa yang kita dah belajar, kan? Kalau tak ada exam jugak, belajar je, tak best jugak kan?
Macam tu lah juga hidup kita,kalau tak ada apa-apa dugaan, macam mana kita nak jadi kuat?
Kalau simple and normal, bahagia je...bosan jugak kan.
Seperti post di blog abang aku, hidup tak lengkap tanpa ujian (lebih kurang macam tu lah).
Lagipun, hati manusia ni berbeza-beza. So, Allah kasilah jenis ujian yang berbeza-beza, mengikut kekuatan masing-masing. Allah takkan menguji seseorang hambaNya itu dengan ujian yang melebihi kemampuannya. Allah kan Maha Penyayang.
Kesimpulannya, ujian ni ada macam-macam jenis. Kesenangan tu pun ujian. Jadi, sentiasalah bersedia dan jangan lalai. Jangan putus asa kalau ditimpa musibah sebab itu tanda Allah sayang kita.Janganlah pandang negatif ujan Allah ni.
Ujian menimpa diri, berdoalah kepada Allah. Mungkin kita ditimpa musibah sebab kita pernah melakukan maksiat, tinggal solat ke. So, kita kenalah muhasabah diri dan bertaubat. Apabila kita diuji, kebanyakannya akan kembali pada Allah. Yang kembali tu, alhamdulillah, Allah sayang betul kat dia. Yang terus buat maksiat? Wallahua'lam..harap-harap ditunjukkan hidayah.
And alhamdulillah, hidup aku, keluarga aku stabil dan bahagia, mengamalkan cara hidup Islam.
Dan ada suatu mutiara kata yang ingin saya kongsi, yang patut kita amalkan (tertulis di atas buku tazkirah seorang kawan) "Kalau ditimpa ujian, jangan minta diringankan, tapi mintalah agar dikuatkan hati untuk menghadapinya".
Sekian~